Sunday, October 19, 2008

Kenapa dengan aku ni?

Aku tak faham la dengan diriku ini kadang-kadang. Dalam satu hari aku mampu berlakon 100 watak bergantung kepada permintaan la. Matilah feeling pelakon filem.

Untuk menjaga hati orang itu, aku berlakon di hadapan orang ini. Dan begitu juga sebaliknya. Letih nak buat ekspressi muka yang berkesan.

aaaahhhhh...

Aku benci. Bila lah hidup ni nak stabil. Aku nak beli broadband...... Matilah aku kendaung internet ya amats..

Doakan lah aku sentiasa bahagia di tempat kerja yang baru ini....

p/s akhirnya aku akan mengengam segulung ijazah. tak sabar nak beramas mesra dengan kekawan sekelas aku yang lama tak ku jumpa...

Sunday, August 3, 2008

setahun sekali

Nampaknya setahun sekali lah aku mengangkat tarikh(update- matilah aku sampai benda ni pun aku nak terjemah) aku punya blog.

sebab...

AKU KERJA DI HUTAN

bye...

Tuesday, July 1, 2008

Kisah gagak yang kuno

Pada suatu petang yang amat panas, terbanglah seekor burung gagak yang cantek (cantik ker?) di suatu kawasan padang berdekatan dengan kawasan pelupusan sampah (gagak low class katekan).

Dijadikanlah cerita oleh aku sendiri, terhauslah anak tekak burung gagak itu. Nasib si burung ni baik sebab dia terjumpa sebuah botol mineral berisi air. Tapi satu per empatlah pula air dalam botol tu.

Motif cerita ini sama je ngan cerita kisah moral zaman dahulu kala, tapi tak sama u ol.

Berusahalah si gagak itu nak minum air di dalam botol mineral tersebut. Tapi tak dapat juga ia minum. Kasihan kan. Oleh kerana tidak ingin mengambil risiko sakit perut menggunakan batu seperti nenek moyangnya di zaman dahulu kala, ia pun terbang dari botol itu.

Ketika ia ingin mengepakkan sayapnya untuk terbang, mendarat la burung camar yang berhijrah dari Amerika ke botol mineral itu. Burung gagak itu hanya mampu tercengang menonton tingkahlaku si camar yang menguis sampah sambil mencapai suatu objek yang biasa di lihat gagak.

Dengan selamba si camar menyedut air di dalam botol mineral itu dengan mengunakan penyedut minuman yang diperolehinya dalam timbunan sampah. Gagak hanya melopong dan meneguk air liur sahaja melihat tingkah si camar.

Kunokan si gagak, mana ada orang guna batu lagi zaman sekarang ni kalau nak minum air. Orang gunalah penyedut sampah... oopppss tersyashul plak.. penyedut minumanla

MORAL OF THE STORY

Bab ni aku suka.. hahaha...

Kalau kita menghadapi suatu situasi, kita kenalah berfikiran moden sikit dalam menanganinya. Kalau asyik guna kaedah yang sama, sampai bila-bila pun kita tak majukan.

Bye.


Sunday, June 29, 2008

Pengorbanan

Untuk mencapai sesuatu yang lebih baik, kita terpaksa berkorban.

Untuk mencapai hubungan yang lebih mendalam, kita terpaksa berkorban.

Memang sukar untuk menahan keinginan kita dari melakukan perkara yang biasa kita lakukan. Tapi semua itu perlu dikorbankan bagi memastikan hidup kita tidak berada di takuk yang sama. Jika kita terus menerus keras kepala, akhirnya yang mendapat rugi adalah diri kita sendiri.

Untuk bersamanya, aku banyak berkorban. Hasilnya, cinta kami tahan lama. Semoga kekal abadi sampai mati.

Sebut pasal korban, ada rakan aku yang sanggup menutup friendster sendiri agar kekasihnya tidak merasa cemburu jika terlihat profil nya suatu hari. Katanya mereka sudah berjanji untuk tidak membuat sebarang profil dalam friendster. Berkorban juga namanya tu. Melepaskan apa yang disukai bagi memastikan hubungan berjalan lancar.

Ringkaskan, kalau benda tu dirasakan memakan diri, hentikan.

Hidup kita ni saban hari semakin berserabut dan kompleks. Ada saja masalah yang timbul, baik masalah diri sendiri mahupun masalah orang lain. Berkorban merupakan satu-satunya cara yang afdal untuk meleraikan masalah ini.

Usah keras kepala, ikut sajalah arus yang sedia ada.

apa yang aku merepek ni, aku pun tak faham...

bye


Monday, June 23, 2008

Kadang-kadang

Kadang-kadang....

Aku selalu je berangan dan berimaginasi di luar batasan aku. Alangkah indahnya hidup ini jika aku menjadi manusia paling sempurna. Mungkin aku akan berhenti merungut (ye ke...)

Aku tak faham dengan diri aku kadang-kadang. Aku selalu merasakan diri aku malang walhal ada berguni-guni lagi manusia di luar sana yang lebih malang dari aku (ye ke...)

Bila tengok orang lebih sikit, kadang-kadang aku lekas cemburu. Mungkin aku manusia lemah, aku akui kelemahan aku ini (ye ke...)

Tuhan tolonglah berlaku adil dengan aku. Aku nak menjalani kehidupan dewasa dengan mendapat kerja yang tetap dan menyeronokkan.

Bila lagi aku nak puas dengan hidup aku, aku sendiri pun tak tahu.

MORAL OF THE STORY: Jangan jadi macam aku yang tak tahu bersyukur.. haruskah aku dijadikan bahan untuk menjadi titik pengukur.. korang tanyalah diri sendiri...

BYE